Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

3 Sebab Kenapa Suami Perlu Setia Pada Satu Istri



Dr. Yusri Rushdi hafidzahullah menasihati para suami di zaman ini agar berpada dengan seorang isteri sahaja supaya:-

1- Menjamin setiap anak (yang sedia ada) mendapat pendidikan serta kasih sayang yang secukupnya dari seorang ayah.

2- Menghargai hati seorang isteri dan tidak sekali-kali melukainya.

3. Melebihkan waktu beribadah sebagai seorang hamba untuk bermunajat kepada tuanya.

Huraian murid:

Guru menasihati demikian bukanlah kerana ingin menafikan hak lelaki yang berkemampuan, bukan juga kerana tidak mahu nasib wanita dibela...

namun nasihat ini dibuat atas desakan zaman, di mana amalan berkahwin lebih dari seorang ketika ini kurang sesuai diamalkan atas beberapa faktor:-

1- Pertamanya adalah kerana ingin memberikan ruang masa yang secukupnya buat si ayah mendidik setiap seorang dari anaknya, meliputi pendidikan duniawi mahupun ukhrawi.

Ayah yang menjadi tempat anak-anak bermanja sewaktu kecil, ayah yang menjadi sahabat karib mereka tatkala dewasa.

Di samping memastikan pembelanjaan harian mereka mencukupi, lebih-lebih lagi menjamu mereka makan makanan yang berkhasiat dan sihat.

2- Kedua, menjaga hati dan perasaan sang isteri yang sudah banyak berkorban, yang selama ini sanggup bersusah payah bersama.

Pembahagian saksama amat sukar dicapai, kerana rasa tak puas hati pasti timbul dalam kalangan isteri.

Ini diakui sendiri oleh para suami yang telah berpoligami.

Apa yang lebih dibimbangi lagi adalah masjid yang tersergam indah selama ini akan roboh dek kerana membela pihak ketiga, isteri pertama yang pada awalnya merelakan diri dimadukan, makan hati berulam jantung akibat perlakuan suami ataupun madunya sesudah berkahwin.

3- Ketiga, kesempatan waktu bagi melakukan ibadah sendirian.

'Me Time'

Sebagaimana seorang ibu memerlukan 'Me time' ketika penat menguruskan keperluan harian anak-anak, ketua keluarga juga turut memerlukannya.

Isilah 'me time' ini secara bersendirian, berzikir, selawat serta bermunajat.

Dengan adanya 'me time' atau 'uzlah' ini, para suami dapat memuhasabah diri, menginsafi kesilapan yang lalu dan dapat mengatur semula strategi untuk mencapai kebahagian dalam rumahtangga.

Di samping itu, 'uzlah' untuk beribadah ini berupaya menjauhkan diri dari terus menerus serabut dengan hal ehwal keduniaan, yang akhirnya membuatkan kita kembali sedar tujuan penciptaan diri sebagai seorang hamba di atas muka bumi.

Allah yang Maha Mengetahui

 

Kredit: Ustaz Behnesa El-Minya

Via mutarjimclips

Post a Comment for "3 Sebab Kenapa Suami Perlu Setia Pada Satu Istri"